Dulu ketika saya belajar fotografi, kira2 29 tahun yang lalu, saya telah diberitahu oleh salah seorang guru saya yang berasal dari Jepun bernama Chiaki Makino dimana beliau menyatakan kepada saya, suatu hari nanti tidak mustahil seluruh rakyat Malaysia akan memiliki sebuah kamera digital dalam satu famili.
Kini apa yang beliau nyatakan telah terjadi.Sifu saya sering memberitahu kepada saya, teknologi dan maklumat tentang fotografi ini kan terus berkembang seperti yang akan berlaku di negara Eropah dan negara beliau sendiri.
Ketika saya menghadiri seminar konvension antarabangsa yang dianjurkan oleh MIMOS 1995 MIMOS baru sahaja berusia setahun jagung. Dalam kenyataan MIMOS, negara kita dilanda dunia digital dijangka dalam tahun 2005,dalam kenyataan MIMOS pada tahun 2005,tiada lagi rakyat Malaysia akan tidak mengetahui apa itu digital.Ternyata benar apa yang di warwarkan oleh pihak MIMOS dalam konvesyen tersebut. Apa yang hendak saya maklumkan betapa dunia fotografi digital juga seiring pantas dengan apa yang dibentangkan dalam konvension tersebut.
Saya mengenali dunia fotografi digital pada tahun 1994 ketika saya melawat pameran fotografi terbesar di German yang dikenali sebagai Photokina, sila lawat website www.photokina.de,ketika diperkenalkan fotografi genre baru ini, saya cukup kagum dengan kepantasan serta kemudahan pembaikkan pulih yang pantas ketika itu.
Balik dari pameran tersebut,saya terus membeli kamera Mamiya 645Pro digital Back dalam tahun 1995, ketika itu, belum ada lagi mana-mana jurufoto ditanah air mempunyai kamera digital tersebut. Saya beli adalah untuk masa depan dan persediaan saya menghadapi dunia digital.
Dalam tahun 1998 , kegawatan ekonomi melanda, memaksa saya menjual semua alatan kamera saya, barangan lampu studio dan hanya sebuah kamera sahaja yang saya pertahan sehingga kini iaitu Mamiya 6x7.
Tahun 2001,ekonomi mula nampak pulih, saya telah membeli sebuah kamera Nikon D100, agak mahal ketika itu harga nya RM 8,600 body sahaja. Memori kad pula 256 MB berharga RM 400 kalau tidak silap. Yang paling mengharukan , ketika itu saya masih tidak mempunyai rakan atau sahabat yang boleh menterjemahkan menu menu dalam kamera kompouter.
Terus terang, saya memang lemah dalam pengetahuan perkomputeran, langsung tidak pernah terlintas mendalami ilmu komputer ketika itu. Maka terkebil kebilah lah saya seorang diri,bagaimanapun terpaksa mengagahkan juga mempelajari semua menu yang terkandung kamera.
Dalam kesusahan saya mempelajari semua kelebihan dan kelemahan kamera digital, dari semua segi, desakkan kuat dari bekas bekas peserta kursus saya memaksa saya membuka kelas fotografi digital..anda bayangkan dengan ilmu yang tidak seberapa ketika itu saya akhirnya mengalah dengan permintaan bekas bekas peserta kursus tersebut.
Akhirnya saya , saya berjaya membuka kelas Digital fotografi yang pertama di sebuah hotel yang terkemuka di Genting Highland pada tahun 2002 yang dihadiri lebih 15 orang peserta dari seluruh negeri dan untuk pengetahuan anda semua, kelas ini adalah kelas Digital Fotografi yang pertama diadakan di Malaysia.
Monday, May 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SeMOGA...berjaya di masa hadapan...dan dpt melahirkan lebih ramai photographer muda..yg berjaya.
ReplyDeleteterima kasih!
ReplyDeletesalam.bole tak ajar pelajar sekolah?adakan bengkel basic fotografi. irma.rahayu@yahoo.com
ReplyDelete